Harga dan Rawatan Stem Cell di Malaysia 2020
Apakah jenis dan kegunaan stem yang dibenarkan di Malaysia? Di Malaysia, sel stem dewasa paling mantap digunakan di klinik. Sel stem di dalam sum-sum tulang secara semulajadinya menjana sel darah merah dan sel darah putih, dan telah digunakan dalam pemindahan sum-sum tulang sejak 40 tahun yang lepas. Sel stem haematopoietik (HSCs) biasanya digunakan dalam rawatan kanser darah (leukaemia dan lymphoma). HSCs juga digunakan sebagai rawatan sokongan dalam kemoterapi berdos tinggi. Penggunaan lain untuk HSCs termasuk dalam penyakit yang melibatkan kegagalan sum-sum tulang secara genetik atau perolehan, contohnya anemia aplastik dan talasemia. Selain daripada penggunaan yang dinyatakan di atas, lain-lain kegunaan sel stem masih dianggap sebagai berciri eksperimental dan hanya dibenarkan untuk tujuan penyelidikan perubatan sahaja. Keperluan penyelidikan boleh didapati daripada garis panduan yang diterbitkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Kementerian hanya akan membenarkan kegunaa...